Janshah Baby

Monday, June 29, 2009

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Tuesday, May 26, 2009

Siti Nikah........

Selamat Pengantin Baru Buat Siti Najiha Yunos@Jiha. Maafkan kami tidak dapat hadir walaupun dah dekat sangat. (kalu xsalah buat Muar, Johor kan?) Dalam 50KM, lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah kami di Melaka. Ada keuzuran dan Rohana ada program di Sekolah@asrama....

Hmm....Kad tak sampai ler, mungkin lambat reply sms dari jiha.

Ini ada sedikit bingkisan buat semua sahabat2 gD.org dari sahabat kita untuk tatapan warga gD.org (Aizzuddin, Wan Zorah dan Hasif. Oh, terlupa...Babypun ada ikut sama. InsyaAllah bulan september katanya akan menambah ahli keluarga)

Pengantin bersemayam di atas pelamin indah

Buat Najiha & Suami (Shairul Naeme) Moga berbahagia dan berkekalan ke Syurga.

Senyuman Sang ibu dan bakal ummi mithali.....

Selepas ni 2-3 sahabat akan menamatkan zaman bujang.. Pendekar laut Utara: aku cuba mai, jika ada rezki. Gengster KL (kok lanas) : jgn penyepak aku kalu aku xdapat gi sana yer....

p/s : Saya dulu satu kumpulan tutorial dengan jiha di asasi (kami sains fizikal, kumpulan Q). Kebetulan Lab kimia kami duduk bertentangan.. Hehehe... Ingat lagi. Rosmaini Firdaus & Siti Zaharah@caah pun satu kumpulan gak.... Fir ko ingat dak????

Siti Zaharah Tumiran dan Siti Nurbaya bukan yer... Diorang kumpulan hayat..

Wednesday, April 22, 2009

Diantara sayang SEORANG ANAK dan SEBIJI KERETA



Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun..

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.



Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
"Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan

"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.... cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya..

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu..

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA

Monday, March 30, 2009

Terbaru : Hafidzul Mukmin

Lama tak update....entahlah busy kot... Hehehe..... Mukmin dah pandai meniti di perabot, dinding dll. Pandai panjat@bangun tp xberani nak turun. Nak turun dia buat bising@pandai kami pegang dia.

Masuk walker, dia panjat nak keluar. Dah keluar dia nak panjat walker. Letih woo....2-3 saat dah panjat benda lain... Risau takut jatuh, dia bukan tau, jatuh karang ,wek.....nangis.... tp mudah di pujuk.. InsyaAllah tak lama lagi, boleh jalan, nak mengejar dai pulak.. heheheh...

Masa raya kat umah moyang@sahom, perak. Mukmin ada baju melayu raya tu. Comel gitu...

Masa ikut program kat Kuala Kangsar, tgk tu posing lagi.... Lepas program terus balik umah tok ma@klate...

Hm...mmg pandai tangkap gambar...mesti pandang camera punyalah. Siap posing lagi... Heheehe... Rambut masih panjang, siap ada jambul kat pusat depan. Orang cakap cerdik, kami cakap amin.... Moga jadi jadi insan mukmin berguna. Amin...

Hencem tak mukmin rambut pendek....

Gambar di ambil selepas atuk mukmin dah gonjengkan rambut dia. Ummi mukmin pun baru pulang dari kursus BIG (bina insan guru) di pangkor, tu yang nampak 'terbakar' sikit tu.

Sekarang mukmin dah pandai salam, hulur tangan sebut 'salam' dia akan amik tgn kita dan cium. Pandai...

Amik handphone, kita cakap hello-hello dan dia pun letak handphone kat telinga, pastu ngomong bahasa jerman. Sepatah haram pun kami xpaham... hehehehe....

Tepuk tangan : bila dia buat semua aksi, kami cakap 'pandai' dia pun tepuk tangan. Kami pun tepuk sekali..... hehehehe...so sweet...

terbaru, pantang tgk kam solat, mesti duk kat tempat sujud. Baru2 ni, kami sebut 'Allahuakhbar' dia pun sujud... Alhamdulillah...moga solat menjadi amalan mu nanti.

Wednesday, January 21, 2009

Adegan Cikgu Bahasa 'Malaysia'



Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji
kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)


Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!


Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!


Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!


Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!


Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!


Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!


Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!


Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!


Cikgu : Rosak!

Murid : Baiki!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)
Murid : (Bising dan menyumbat buku-buku mereka ke dalam beg)





p/s : Terbahak-bahak aku baca. Very Nice. Mungkin budak2 sekarang dah tahap gini ler gamaknya!!!! Penin la kepala cikgu diorang

Sunday, January 18, 2009

What are Women waiting FOR!!!





Tuesday, January 13, 2009

U can Help Save PALASTINE from ISREAL ATTACKS!!

For all who love eating Maggi

DO NOT IGNORE THIS ....... Especially those fond of Maggi......

cid:image001.jpg@01C940E5.979654F0

'CORRECT WAY OF COOKING NOODLES'
The correct way to cook instant noodles without harming our bodies and health. `Normally, how we cook the instant noodles is to put the noodles into a pot with water, throw in the powder and let it cook for around 3 minutes and then it's ready to eat.

This is the WRONG method of cooking the instant noodles.

By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder, normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG causing it to be toxic.

The other thing that you may or may not realize is that, the noodles are coated with wax and it will take around 4 to 5 days for the body to excrete the wax after you have taken the noodles.

CORRECT METHOD :

1. boil the noodles in a pot with water.
2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away the water which contains wax.
3. boil another pot of water till boiling and put the noodles into the hot boiling water and then shut the fire.
4. only at this stage when the fire is off, and while the water is very hot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodle soup.
5. however, if you need dry noodles, take out the noodles and add the ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.

Dietician's Note: If you buy plain hakka noodles which you make initially need to boil in water and discard the water. This will soften
the noodles but to prevent it from sticking we need to add a tbsp of oil and also the noodles are deep fried p art ially to make it crunchy and then dusted with flour to prevent it from sticking while boiling. Hence when you buy the noodles they are already made unhealthy and this is the type we use to make stir fry noodles and the regular maggi too is made the same way plus they add MSG/ ajinomoto and other chemical preservatives.


cid:image002.jpg@01C940E5.979654F0

A large number of patient with the ages ranging from 18-24 years are ending up with pancreatitis either as a swelling or infection of the pancreas due to regular consumption of instant noodles.... If the frequency is more than 3 times a week, then it is very hazardous...

Please share this info and help save a life.